cakap banyak sini


Selasa, 12 Jun 2012

puitis

walau jauh
walaupun lama
walau sukar untuk ku terima
walaupun telah puas ku mencuba
takkan terhenti di sini sahaja
biar hilang di mata namun hidup di jiwa
aku tidak hilang, aku masih ada
laksana pepasir tidak pupus di pukul ombak
seperti angin ku mengolah di udara tanpa jejak 
apa yang ku pinta ada rahsia
akan terjawab dengan izin-Nya
tidak ku pinta jadinya cerita
permulaanya gah akhirnya nestapa
hati ini masih ada
hati ini sukar untuk ku tafsir berhujah minda
tidak terdaya untuk ku ungkap dengan lafaz dan kata
kerana hanya Tuhan yang mengerti apa yang ku pinta
hanyalah Dia...









Tiada ulasan: