cakap banyak sini


Khamis, 29 September 2011

wahai perempuan.


Hai siapa perempuan di sini? Angkat tangan sikit ! Hoyeh .. ok
kita tau perempuan zaman sekarang ramai yang bijak daripada lelaki. (Fakta) tahu sajalah perempuan mereka mampu multitasking, mereka boleh buat dua kerja dalam satu masa. Their foresight is much better than ours guys, mereka mampu berfikiran jauh ke hadapan. Sebab tu lah 70% perempuan matang seawal usia 17 tahun berbanding lelaki. Memory yang mereka miliki juga lebih baik daripada lelaki, mereka mudah mengingat.Yes ! Hebatkan kaum Hawa ineww? Abang di sana pun sampai ternganga-nganga, terkedu-kedu, terbisu-bisu (fatahulnizampunyastyle) haha..

Namun... ingin saya tegaskan !


pada hari ini ramai adik-adik di luar sana, terjerumus dalam kancah kemusnahan jati diri dan sebagainya akibat tertipu oleh lelaki. Nak tau theory saya? "Lelaki ni tidak ada yang bodoh, kerana walaupun mereka cetek ilmu tetapi mereka tetap licik." Bukti? Mari kita susuli bersama yep...

petik-petik daripada http://www.hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Demi cinta dan sayang kepada kekasih hati yang baru dikenali melalui laman sembang, seorang wanita berusia 37 tahun berputih mata selepas kerugian lebih RM30,000 apabila diperdaya lelaki terbabit kononnya mengalami kesempitan wang.

Tanpa menyedari ia helah teman lelakinya yang dipercayai warga Afrika, mangsa mempercayainya lalu memberinya wang.

PAHANG: Cinta terlarang seorang gadis kepada kekasihnya membawa kepada cubaan membunuh diri. Gadis berusia 17 tahun cuba untuk mengelar lehernya sendiri di atas bumbung rumah kerana dipisahkan daripada kekasih hatinya. Keluarga gadis berkenaan terpaksa menghubungi pihak polis dan bomba bagi menyelamatkan keadaan. 

Lelaki yang dipercayai warga asing berusia 22 tahun pernah mencuba untuk menyelinap masuk ke dalam kediaman mereka untuk melarikan anak perempuan berusia 17 tahun itu, namun disedari bapanya, Ahmad Zubaidi 45, menyebabkan lelaki warga asing berkenaan dipenjara.

*ada masuk paper lelaki vunoh diri gara-gara perempuan? ada? kalo ada pn cuma sekelumit hama.. ada masuk paper lelaki ditipah tertipukan oleh wanita? takde kan? choii ! kan? haruslah....


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Isu Gadis Melayu kena tahan di luar negara

Sekarang ni dalam surat khabar ada je berita kisah anak gadis melayu yang kena tahan di luar negara pasal edar dadah dan yang sewaktu dengannya. Kalau tak nasib baik mungkin boleh menyebabkan hukuman gantung sampai mati...maklumlah hukuman sesuatu negara berlainan. Ni semua gara-gara dibutakan cinta sehingga membawa padah kepada diri sendiri. Kesian keluarga dan kawan-kawan yang selamat ini mengambil berat.

ADA jugak kes yang VUNOH DIRI, ini serious ! (wonderpets) :



makin banyak kes MELETUPS muda-muda perut dah VULATS
ni bukan tadpole tummy dah, ni dah BUNTING DUGONG:





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maka dengan itu... terbuktilah

kerana apa? Tuan-tuan dan puan-puan? jelas benar petikan hadis 9 nafsu 1 akal bagi wanita.
saya tidak mahu persoalkan apa-apa.. yang ingin saya emphasize dekat sini adalah rakan-rakan sebaya dan adik-adik saya.. khusus kepada mereka. :) jangan kita tunding jari sesama kita sedangkan kita yang meruntuhkan akhlak masing-masing bukan orang lain.

Tengoklah bagaimana perempuan yang sememangnya tidak pernah gagal dalam membuat keputusan dalam hidup sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti bertaraf dunia tetapi akhirnya jatuh kepada nafsu dan kehendak lelaki. Hmmm tak rasa kecewakah kita kalau kawan kita jadi macamni? Belajar dulu bukan main hebat tiba2 hancur gelap gelita masa depan akibat lelaki yang licik, kerja merempit saja. Memang tak boleh diterima akal langsung! Apa yang wanita-wanita ini pandang sebenarnya? Adakah mereka desperate?

Saya kira di sini, mereka terburu-buru dan tidak matang dalam membuat keputusan, baru kenal seminggu dua dah mula nak meremvess dengan lelaki yang sememangnya ketagih dara. Tolonglah, Islam menggariskan beberapa perkara dalam mencari jodoh; harta, keturunan, dan agamanya. Barang sesiapa yang meletakkan agama sebagai yang pertama, maka beruntunglah mereka. Tapi ada keluhan dan bantahan...

"aku ni bukannye otak ustazah sangat pun, tudung singkat jep.. lantaklah x dapat laki x baik pn padanlah ngn aku ni, yg penting aku suka dia gila-gila ! "

ni lah mentaliti sesetengah pihak, berfikiran singkat.. asal terpandang yg hensem yg berpesyen di mata yang julingss iteww mereka terus cair macam mentega terkena haba. perempuan tidak sepatutnya jdik macam mentega begitu jugalah lelaki. Cuba lah jadi benda yang tinggi sikit melting point dia, mcm Tungsten ke  highest melting point u ols, at 3683 K (3410 °C, 6170 °F)  haa hambik tu.. kalau lelaki jual ayat murahan lagila bertambah cepat proses pencairan itew berlaku.. weh tolong lah ! snap out of it... ayat-ayat murah pun sudah melukut di tepi jamban.. busuk la weh ! korang tu pandai, hebat ! bijak.. skip the bimbo moments please ! terajang / reply ayat fedas-fedas bagi dekat jantan-jantang desperate itu.. aku ni nak suruh anda jadi perempuan bajet hot mahal serta exclusive kerr? aku ni nak suruh anda jadi perempuan memilih kerr? YA ! memang pon ! tapi memilih pakai AKAL bukan HATI / NAFSU.. boleh letak VALUE dekat diri, x salah kerana wanita tu memang perhiasan dunia pon.. tapi janganlah sampai letak harga yang anak-anak raja jep boleh beli... TAK MAMFOO OYEH ! ada bapa ekor sangat anak-anak raja kat dunia ni? nanti tak pasai-pasai jadik ANDARTOO

Orang kata malu itu tandanya iman, bukan nak bajet baiklah di sini tuan-tuan dan puan-puan, dan bukan jugak nak mempersendakan mana-mana pihak. Apa yang kita harapkan golongan hawa di luar sana membuat pilihan yang bijak.. jangan kerana hanyut di ranjau percintaan anda memperjudikan masa depan sendiri. Kalaulah anda betul-betul bijak sudah pasti anda mudah untuk menangkis kelicikan lelaki-lelaki ini yang kerjanya bukan nak tolong senangkan hati mak bapak.. tapi menyusahkan lagi adalah.

Tak percaya? kepada yang sudah empunya.. cer tanya tengok mana dia dapat duit bawak awak keluar jalan-jalan, makan-makan, beli baju baru, tanya kesemuanya. Paling tidak mesti ada satu yang dia cakap duit tu parents punya.. kalau dia cakap saving walhal dia x pernah kerja pun.. tu still kira duit mak bapak u ols. Tambah-tambah lagilak balaks yang muda-mudi.. memang taklah dia nak punya wang sebanyak itu. Saya sendiri pn pernah tengok dengan mata kepala sendiri, org bercinta ngn awek berangan nk bli tu bli ni kat aweknye.. tapi mak ai dengan kurang hajarnye mengherdik dan meminta-minta wang saku dari ibunya. Malang sungguh gadis ittew, punya kerja tetap walaupun tak seberapa.. tapi bercinta dengan mamat yg pendapatannya datang daripada poket kain buruk ibunya. Dahsyatkan?



Perempuan yg bijak di manakah anda?


carilah lelaki yang bisa membimbing dan menyelamatkan anda
carilah lelaki yang boleh menjaga maruah anda termasuk menjaga batas pergaulan anda dan mengelakkan anda daripada difitnah
carilah lelaki yang jelas arah tuju dan matlamat hidup serta kerjaya yang terjamin
carilah lelaki yang berpegang kepada prinsip hidupnya dan agama

EXTRASS !


Wanita soleha menurut pandangan Islam.

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.


2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.


3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.


4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.




MULIAKAN ANDA SEMUA?


"once mulut sudah berkata-kata sudah terlambat untuk kita menutup segala keaiban dan fitnah yang tersebar, tapi ingatlah yang menyebabkan keluar segala keaiban itu adalah salah kita sendiri, kalau maruah terpelihara pasti tiada mulut yang berbicara. jaga maruah diri tu yang penting" 







Tiada ulasan: