cakap banyak sini


Jumaat, 23 September 2011

diam tak perlu kata apa-apa

Assalamualaikum,
readers yang baik hati hehe nak tak nak kita kena akur jugak dengan perubahan dunia, mahupun major atau minor. perubahan minor tertakluk kepada perhubungan, seperti persahabatan,percintaan dan sebagainya manakala perubahan major pula merujuk kepada peristiwa2 besar dalam hidup seperti terpaksa melangkah ke alam Universiti dan meninggalkan alam persekolahan demi menggapai cita2... dan yang paling penting menggalas harapan orang tua di rumah. Sudah tentu banyak yang perlu kita tempuh untuk melewati perubahan-perubahan ini terutama sekali perubahan major yang bakal memberi impak besar kepada kehidupan kita secara holistiknya. 

*gila awat ngn aku .... *

HARAP MAKLUM KESENGALAN DI ATAS BERLAKU AKIBAT DARIPADA KESAN
TEST2 PENTING YANG SUDAH BERJAYA DILEWATI DENGAN IZIN-NYA.

Tuna-tuna dan puna-puna dengan ini saya meletakkan azam baru untuk semester 2 yang bakal
menjengah dan juga test MUET yang akan berlangsung pada 18 October 2011. 

1) akan saya ambil serius setiap perincian topik dan tugasan yang diberikan dalam segala aspek pembelajaran sama ada di luar atau di dalam kelas sehalus yang mungkin.

2) akan saya pedulikan segala tomahan, lawak-lawak bodoh dan juga terutama sekali kucar-kacir dalam hidup orang lain kerana tu bukan masalah saya pun.


DAN SILA BERAMBUS MANA YANG TIDAK BERKENAAN
TAKUT NANTI DI SANGKA VANILLA RUPANYA CILI BERAPI.
SAYA DATANG KE UITM LENDU NI BUKAN NAK MERAIH
POPULARITI/NAK MENCARI TEMAN DAN CINTA SEJATI
MAHUPUN MENCARI GADUH DAN MUSUH DI KALANGAN ANDA
TAPI UNTUK MENYEMPURNAKAN SEGALA KEWAJIPAN
YANG IBU BAPA SAYA AMANATKAN YANG MANA
JATUH SEBAGAI WAJIB DI SISI ILLAHI.


jangan susah-susah datang dalam hidup saya kalau hangpa tak sedar
kebarangkalian yang bakal menimpa diri anda, lebih afdal andai kita
tidak bersua rasa.. :) 

mohon untuk mengundur diri.... sekian

1 ulasan:

zaty berkata...

ayattt hg. .serabut aku baca.haha. fighting MUET yah! :D