cakap banyak sini


Jumaat, 7 Oktober 2011

tanggungjawab kepada sahabat.

Hey readers !
nak update apa pun taktau, tapi rasa macam
nak conteng blog di pagi yang indah inew haha bentar2 lagi
dipikirin. hmm... -10 jam kemudian.


Okay harini kita nak cerita pasal bagaiman kita ni perlu memainkan peranan sebagai kawan ? Sure semua orang perlu ada kawan, walaupun biasa bukan rapat sangat tapi perlu untuk kita tau apa sebenarnya konsep berkawan. Ramai yang berkawan atas dasar senang, ada pula atas kepentingan, dan macam2 lagi sebabnya. 

"sahabat yang baik itu seharum kasturi seindah pelangi, manakala sahabat yang jahat itu adalah kotoran debu dan asap"

    Haaa kan? meh nak explain, sahabat yang baik biarpun seketika bersama tapi budinya dikenang sentiasa. namanya indah di bibir seharum kasturi "kira kalo ckp kita akan cakap benda baik saja" mekar di hati. sahabat yang jahat pulak sebaliknya, macam api yang membakar "slow-slow dia corrupt kita" dan asapnya membusukkan ,debunya pula mengotorkan "dari jauh pun orang nampak keburukan dia, bila kita terpengaruh orang akan pandang kita sama macam dia." tapi kalau kita tak terpengaruh, bila orang cakap kawan kita ada buat jahat jangan kita tumbok penampaq muka orang tu plak. kadang-kadang kita ada sahabat yang macamni, dan sebagai kawan yang baik dan ikhlas kita kena tolong dia. 

  Islam menganjurkan berkawan kerana Allah, sebagai saudara seagama, saudara semuka bumi berkongsi kehidupan adalah digalakkan untuk kita bantu kawan2 kita dengan menasihati dalam kata lain berdakwah walaupun dia jahat tak dak dah selamatkan dia daripada menyimpang, NI TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KAWAN JANGAN MAIN2. jangan biar tutup mata buat tak nampak nanti kat akhirat Allah tanya, wallahualam. at least kita tegur atau bagi ayat sentapan minda kat dia. dia manusia, dia pun lemah macam kita jugak. ingat niat nak betulkan diri sendiri dan jugak sahabat bukan nak jadi hipokrit.


Apa nak buat kalau kawan takleh terima teguran kita?
Jangan pi boh penyepak ! haha biar ja dia sentap ngan kita dulu. kalau dia betul-betul ikhlas kawan kita dia takkan terasa benda tu sebagai satu hinaan tapi untuk kebaikan dia jugak dan dia akan tetap kawan dengan kita seperti biasa.

Penting untuk anda semua tahu, biarlah kita tegah daripada tak berkata apa-apa. Kalaupun teguran kita tu mampu menyelamatkan iman kawan kita yang setebal daun kari dan kekalkan dia di jalan yang benar, 
tu dah cukup. kata orang :


"biar merangkak-rangkak daripada tersungkur terus tak bergerak
cegah tu lebih baik daripada merawat."



 


cot-cet-cot-cet
Asyraf Glee



Tiada ulasan: