cakap banyak sini


Khamis, 14 April 2011

walaupun sekejap kau macam pelangi petang sudirman

 aku ada kawan. kawan tu kau la.
kau pernah terpikir kat aku tak macam aku terpikir dekat kau? 
 bila kau senyum aku rasa lega. tengok kau senyum buatkan semua persoalan aku terjawab. segala kerisauan aku pon hilang bila nampak kau senyum. aku rasa macam terubat segala pedih hati aku yang selama ni risaukan kau.
  kau plak suka buat bising aku memang seronok bila time kau memekak dekat mall. mula dulu aku malu sikit tapi bila aku tengok kau dalam dunia kau time tu. aku sedar yang kau tengah enjoy. lama-lama aku terbiasa dalam dunia kau. tapi aku tertanya "kau suka ka aku wujud dalam hidup kau?"
 tapi bila kau sakit aku rasa macam nak ja buat macam cerita romantik tipikal walaupun kita cuma kawan haha. aku nak selimutkan kau,jaga kau,lapkan tuala basah dekat kaki kau dan suapkan ubat kat kau.pastu masakkan something dekat kau.
  bila hari jadi kau, aku nak bagi something kat kau tapi aku x mampu. jadi kan aku bagitau Tuhan tolong sampaikan rindu aku kat kau. sebab kita kawan aku nak buat kau rasa tu... "kawan".. aku ingat hari jadi kau. bukan sebab tertera di homepage facebook tapi sebab aku kawan kau. dah terukir dalam hati aku tarikh tu.
bila aku ada duit lebih aku x pernah teragak nak belanja kau. sebab kau tu kawan aku ! aku sayang kau. walaupun last sekali dompet aku tinggal 10 sen sikit pon aku tak kesah. bagi aku kau tu tak ternilai. bukan duit yang aku guna untuk beli persahabatan kita.
kadang-kadang kau terlalu cantik tampan aku rasa macam x layak kawan dengan kau. orang mesti tanya apa orang "secool" dia kawan dengan orang "se-lame" aku.. kau macam tak pernah kesah jadi aku yakin kau jujur dan ikhlas. aku xdak apa kelebihan nak dijadikan faktor penarik aku. terus-terang aku ni lemah... menyusahkan kau saja.


bila tengok kau muncung kan sebab merajuk dengan aku. rasa mcam nak tarik ja pipi kau tu. 
bila tengok kau tidur aku nak usap kepala kau mungkin kau rindu dekat mak kau ka kan. mana aku tau. aku memang suka usap kepala orang tengah tidur kot bagi aku tu satu cara nak tunjukkan kasih sayang selain selimutkan kau.
bila aku nampak kau nanges sebab kau x lepas exam dan kau lemah sangat masa tu 

hati ni rasa macma kena hiris..sebab masalah hidup kau kan.. aku rasa macam sebak sangat. hati aku x tenang tengok status facebook kau yang sedih tu. aku nak ja ada sebelah kau dengar kau luahkan masalah kau. dan aku pasti akan nangis sebab aku nak kau sedar aku ni kawan sejati kau. 






aku pernah jugak terfikir satu hari nanti mesti aku akan kehilangan kau. sama ada aku atau kau sendiri yang berubah. tapi aku nak kau tau. selama aku kawan dengan kau aku tak kan kesal sebab kau dah bagi aku banyak kenangan. mengingatkan betapa aku sayang dekat kau kawan ! kenangan pahit pun bertukar jadi manis.





 mungkin nanti bila kau dah takda. kau akan tinggal jejak-jejak kau dekat tempat yang kita pernah pergi sama-sama.dan setiap kali aku lewati jejak-jejak yang kau tinggal tu aku akan ingat dekat kau. sebab kau kawan aku. kau penang terangi hidup aku yang gelap. dengan kehadiran kau. 


kenapa aku cakap kau macam pelangi petang sudirman?

  •  "engkau tiba bagaikan pelangi tak bercahya namun kau berseri tapi cukup untuk menghiburkan hati ini" 
  • "seharian waktu bersamamu tak terasa saat yang berlalu bagai pelangi petang kau kan pasti pergi jua"



sebab aku tau kau akan pergi jugak satu hari nanti. kau akan hilang dari pandangan mata aku. masa tu mungkin aku akan tercari-cari. mana kawan yang aku selalu lepak dulu. masa tu jugak lah aku akan terkenang dekat kau bila aku lalu di tempat-tempat yang kita pernah jumpa.


KAU LAH KAWAN TU ! AKU TAK KAN LUPA KAT KAU












4 ulasan:

Shahirah Zainol berkata...

hoi sedih ngat. hang awat suka wat entry sedih2 x tiawww. :')

cik bie berkata...

oiyy! awat entry sayu sgt nihh.aiseh! =.='

Mr Henciltep berkata...

hehe :>

zaty berkata...

ish aku baca naseb tak meleleh ayaq mata. =.='