cakap banyak sini


Jumaat, 8 April 2011

A-Z say something about him/her

Assalamualaikum,
Mula-mula sekali aku nak ucap terima kasih daun keladi kat orang-orang yang akan mewakili alphabet A-Z ni sebab hadir dalam hidup aku dan pernah buat aku rasa bahagia terok-terok.. even kalau hari ni kita tak serapat dulu.. x sehaluan dah tapi takpa.. terima kasih jugak-jugak.. 



A- dulu smpai skarang kami kawan baik.tapi sbb jarak memisahkan kmi jarang contact.aku kenal sejak darjah 6 tapi dia terpaksa membawa diri masa form 1. dia la paling memahami dan satu-satunya orang yang percaya kat aku bila orang lain mempertikaikan kebolehan aku.last jumpa dia masa dia balek jitra tu pn short meeting ja. dia la kawan yg aku paling percaya dan paling aku respect.dulu kami salu gayut kat tepon smpai skali tu sejam dua gak rr hahahah. mengarut gila time tu. zaman remaja besa la kan. dia ni pandai dah la berkebolehan. admire gila orang cam dia. x belagak plak tu. hg mmg sempoi rr 


B- derr kenal dia dulu time skolah rendah haha. cemburu kot mana dia pi smua orang ikut. apa dia kata semua orang dengaq. kira dulu dia la kepala. la ni aku rasa dia dah berubah. dia x cakap besaq. humble gila. dia memang selalu sedia nak tolong orang. dia terer main photoshop,dslr, haha dan pandai nyanyi oo.. serba boleh


C- dulu aku kelai sat ngn dia sebab dia telajak cakap. masa form 1. lepas tu la ni pn aku rasa dia dah berubah.la ni dia x cakap lepas dah. dia dah tau respect org. dia memang ketegaq gila arhh. kalo nak ajak dia buat apa-apa memang puas paksa haha. aku C dengan B haritu pi satu tempat. sorry la weh time tu ak mood x brapa elok. tp hmpa tetap happy. tq na weh


D- hehe kakak ! dia ni mmg rock abeh rr.. ni pn sorang lagi keras kepala. jenis melawan orang cukup mau dia. tapi dalam hati dia baik, dia caring kot kalo dia sayang orang tu mmg dia protect ngn nyawa rr haha. tapi mulut dia kadang aku x tahan gak. rasa cam nak koyak buang rr haha. tp dia kwn ak jd ak trima :)


E- dia ni mmg tabah. tapi skali ketabahan dia rapuh memang ayat kaww keluaq la. huhu terus terang aku cakap aku x suka bila dia jadi mcmtu. aku suka dia yg happy yg sabar penyayang. dia masak chicken chop masa hari kantin ak ingat lagi. haha wlopon kenai dia 2 taun ja. tpi kami kawan baik ja : ) aku seronok ja sepanjang kawna ngn dia xpnah terasa apa langsung ngn dia.dia baik pandai masak oo hehe.


F- si kecik molek haha. dari f2 kenai dia. dia baik walaupun la ni x salu contact sangat. fb pn buat taktau ja kan. bukan aku lupa kat dia ka pa x. dia salu tnya "bla mau amek gmbar ni" haha.. huu sorry selalu masa x mengizinkan. dulu kalo ak ada masalah sedih ka pa ak salu gak cita kat dia. dia memahami. best kwn ngn dia


G- hehe hat ni aku panggil dia k.long. dulu la skarang jarang guna. sebab dia lahir awai 3 hari pada aku ja pn haha. baru pagi tadi aku jumpa dia for the 1st tme sejak tamat cuti SPM ni kat tasek. lama kot x jumpa dia bebulan gak rr. dia kalo ak ada masalah pn aku cita kat dia. dia ni ak x pnah tngok dia sedih. reja gelak ja happy riang ria raya. kami minat binatang telinga panjang tu haha. 


H- ni plak ak knai time f2. dia salu merapu ngn aku dalam kelas. haha mai f5 pn sekelas lagi. kami merapu jgak. tpi ak mmg syg gila dia ngn gang2 dia. paling aku xleh lupa dia protect aku ngn kwn2 dia skali protect aku sebab ada org nk serang. depa cuba tenangkan ak. mmg best rr ak akan rindu depa dengan riuh rendah dlm kelas. dia ngn kwn dia dulu reja dok hingaq pasai cita korea ja ngn aku. sikit-sikit korea hahah.


I- ni kawan baik H. dia ni ak ingat sombong time f2. gila ak jeles yang teramat sangat dekat H ngn I ni sebab depa kawan baik dah dekat 5 taun lebih dah. x pnah berenggang. sentiasa happy xnah gaduh-gaduh. huhu aku nak jugak kawan baik macamni. kira orang cakap kawan baik sehidup semati rr. I ni pandai tapi dia jenis x ska buat terok dia mau relaks2 ja haha. ak rasa kalau dia nerd mmg dia naik stage rr hari result tu. 


J- ni kawan baik H ngn I gak satu kelas. aku salu gaduh ngn dia oo dulu haha. sampai ada tahap terasa hati. kami salu panggil dia kucing. aku kadang-kadang kesian kat dia mai skolah jauh-jauh tiap hari berulang a.staq jitra. kesiankan? dah la salu x sehat. tp ak respect dia gak sbb tabah dan kdg2 bnda yg dia cakap tu buat aku sedaq bnyk bnda gak. hehe


K- ni kwn baik H I J gak haha. geng2 kami rr.. geng kelas. ak paling tak leh lupa time kami bawak botoi ayaq yg sama kan. pastu satu kelas pakat dok kata aku kapel ngn dia. botoi ayaq kapel. hahaha dia ni jenis relaks gak tapi mau tau rr bila marah tu jenis bebai terok. kadang rasa cam nak sekeh pala ja tapi sebab kawan kan haha. dia mmg steady rr budak ni pengawas paling sempoi dlm klas aku 


L- ni kawan baik ak sejak f2 gak. dia sweet. dulu ada geng SUPER hehe. lawak kan time tu  haha. dia baik ooo dia jenis x berkira gak ngn kawan2. tapi dia senang taching haha jadi kalo nk ckp ngn dia xmau kasaq2 rr satgi dia merajuk puaih kering ayaq liuq rr nk pujuk. jenoh juai ayat la hampa. dia pandai becita-cita tinggi. salu share ilmu ngn aku, salu pesan kat aku, salu ingatkan aku mcm2 perkara. 


M- ni baru pagi tadi jumpa kat tasik haha. dia ni mcm diam ja la ni ngn aku. dulu time f3 kat genting kalo dak kami dua kena tinggai kat blakang pastu dok sembang pa tah haha. dia pandai bagi aku dia matang. sebab tu ada abang ngorat tadi hahah. lawak betoi, tu la ayu sangat. dulu masa kmi skolah rendah ak x nah ckp ngn dia pn. time tu aku blagak kot hehe


N- ni ak x rapat pn ngn dia time skolah. f5 pn dok berurusan dengan dia pon sebab redaksi majalah. dia la ketua editor skolah yg ramai orang x puas hati tu. aku ska suasana rumah dia. tenang ja luaih. kucing dia ak geram kot tngok. tok dia mak dia ayah dia ramah terok. baik plak tu. syok tngok family dia. dia lpas SPM salu bawak ak jalan rata. tmpang keta dia.dia jenis x berkira tu aku syok kawan ngn dia thx weh jasamu di kenang. mmg ak terhutang budi gila ngn hg.semoga jasa-jasa baik hg Allah balas berlipat ganda.


O- ni ak x rapat langsung time skolah. toke butik ni BOLEH KIRA aku sembang ngn dia bopa kali kat skolah dulu. lepas SPM kmi pi langkawi  baru ak knai dia lebi sikit hahah. sat aku nak gelak hahahahahahah. dia kan ak start tertarik nak kawan ngn dia lepas dengaq dia gelak. tu la orang cakap A person's charm come from the most unexpected way. bagi aku gelak dia mmg menarik perhatian haha. time tu aku badmood gila dlm karoke box. dia dah pegang mike dia renggah gelak ak pn tiba2 tegelak skali. tq weh. hg mmg terbaik dari ladang rr haha :)


P- ni ketua pengawas haha. mantan oke. ak kenai dia time f3 lagi. kami sekelas. dia rajin dia jenis cmna ak nk kata dulu f3 dia x reti nk bg org sakit ati tau. dia jenis jujur gila haha. tapi ada satu perubahan drastik yang ketara lepas dia f4. ak sejurus pulang dari astech aku smpai smj nmpak dia jalan sblah ak mak aiii tinggi 10 cm pada aku dah ! hahah. dia baik syok sembang ngn dia. dia x riak. hardworking ! 


Q- ni budak mana tah. dulu masa mula-mula f5 dia masuk skolah. ak salu tengok dia jalan ngn alip haha. dia nmpak diam sangat time tu. ak mmg tertanya-tanya dia tu sapa. lepastu dia join team debat. time f5 ak x rapat pn ngn dia. tpi bila dia start reti senyum kat aku, aku pn kwn ngn dia. haha dia cakap pelat KL. dia kalau cita pasai KL sampai esok lusa pn x abes. lepas SPM ni ak salu teman dia pi mana2 naik keta dia. huhu tpi hari tu ada something blaku. dia tunggu ak dpan rumah 30 minit. ak sampai la ni ak rasa bsalah lgi kat dia....... sangat2 ! lepas ni dia dah xdak dah kat jitra nk pindah p KL .. sedih kot..


R- ni kawan baik ak kat astech. dulu kalo ada masalah salu cita kat dia. lepas latihan silat kami akan lepak kat dewan pastu semabang merapu. bukan nak kata dulu f4 aku kuat melatah hahaha. dia ni la tukang cucuk. mmg gila aritu aku pi mencarut depan cikgu time dok jalan2 ckgu jalan bertentangan tiba2 tekeluaq. slamat ckgu tu cool. haha dulu time dia outing mesti pesan mcm2 kat dia. kalo ak outing plak dia pesan. hehe best kwan ngn dia. ak x leh lupa time dia call nanges2 hari selepas aku pindah tu. malam tu gak dia call aku. dia nanges untuk aku :'( aku sedih kot sebelum ni mana ada orang menangis untuk aku pn.... 


S- ni pn kawan baik kat astech. dalam kelas aku ngn dia kalau menyembang mmg  xpnah nak abeh haha.sampai orang heran kami dok sembang pa gila dia mmg pandai ! dan x belagak langsung. dia ska korea. kira dia ni mcm internet korea gak rr. nk browse lagu ka drama pi browse kat dia hahah. aku ska dngaq dia gelak hahah aku pn gelak skali dengaq dia gelak. adoi dulu dia ni aku ingat blagak. masa time orientasi dia mmg diam gila. mai dok x dok rpanya classmate aku. sronok kawan ngn dia oo. dulu dia bdak convent.


T- ni kwn astech sorang gi yg taik merapu. ska cakap bnda gila-gila. di luar tabii manusia normal hahah.time ckgu mengajaq pn dia jadi jugak. sampai cikgu naik tencen ngn dia. dulu gila aku pnah tegoq dia skali sebab prangai dia tu. pastu dia wat cenge! dia teruih. sebulan x cakap hahah. lpas tu ak pindah skolah rapat gak. tapi kadang-kadang ak tencen gla ngn mulut dia. jenis ckp lepaih kot dan haha.


U- ni jiran aku. aku mmg x rapat ngn dia. f3 baru ak start cakap ngn dia. lpastu f5 ak salu tumpang dia balek skolah. mak dia baik. kami panggil Cik Wan :) dia plak jenis mcmna syok kot ckp ngn dia, dia bukan reti melawan hahah. kira aku yg salu menang. muehehe kami ni sejak f5 result pn lebih kurang ja. pastu dok fight en. dia baik kot hehe aku terhutang budi kat dia ngn family dia. kakak-kakak dia smua beauty with brains rr. tabik spring. di kelilingi kakak-kakak yg cun dan pandai haha


V- kawan seangkatan debat. YB paling mantopp. dah la pandai serba boleh. aku mmg respect dia ni. tapi dia salu jadikan fizikal dia sebagai kekurangan. aku paling x ska bila dia buat mcmtu. ak rasa kesian dan sedih jugak. dulu x rapat pn ngn dia f5 ja start dok berinteraksi. hehe debat ni jugak yg menghubungkan kami. dia ni mmg kalo mntak tlg apa dia x berkira pn. dia mmg pndai wat lawak. pantun sajak pa smua serah kat dia. bab main dengan bahasa dia yang terbaik rr.. : )


W- ni budak taiping. ak teringat nak tulis pasai dia sebab baru ja tadi aku Skype ngn dia. aku ingat lagi malam 2 hari sblom result kluaq dia buat gila kat facebook. memang tak leh blah rr prangai dia. ak tekejut kot tengok dia jadi cmtu. dulu time f3 aku ingat dia jenis blagak,control cun pa smua ada hahah. mai f5 lpas spm jumpa dia kat kem kan. dia mmg ramah rr. ak xtau plak ak boleh seramah tu ngn dia. kami cita benda-benda mengarut. dia mmg pendengar yg baik rr bg aku. matang cantik bercita-cita tinggi ! :) betuah laki mana yg bleh menangi hati dia cecey hahahah. 


X- ades aku habeh pikiaq dah nk tules pasai sapa ni... ok la budak ni budak perlis aku kenai dia masa kem... ni gak aku respect terok. dia dah la pandai budak straight A x belagak x kepoh. cool ja. dia budak debate. aku knai dia pn sebab debate. kenai kot facebook ja. haha perkara yg ak paling xleh lupa bila kami dua cakap kat mak gard nk kluaq p beli makanan. lpastu balek kol 2am sbb tngok wayang. mak gard kunci gate ! kami pn apa lagi. meragaih la hahah. seronok kot ada kawan cam dia : )


Y- tinggai 2 ja lagi.. maaf kepada yg rasa dia xdak dalam ni. hahah ni driver pagi tadi. dia bawak avanza dengan ganas dan berhemah. aku terpegun sat. dia ni jenis happy2 gak anak ustazah. anak ummi haha. dia baik tapi ak x rapat ngat ngn dia. dulu masa darjah 6 kami sekelas. dia aku dengan A salu dok hingaq gelak-gelak lam kelas dulu. dia ni tabah dan berani tahap gaban rr.. jaga bilik akses sorang-sorang .. blog paling seram kat smj. aku tabik springg


Z- last dah aku nak kata apa ni... errr ok la last ni budak yang menangis teresak-esak call aku sebab kucing dia hilang kat perlis. mula tu aku mcm WTH! hg tu dok changlun cmna kucing bleh pi perlis. rupanya dia bawak kucing dia pi vet. inject apa tah haha. sian aku mcm sedih gak dia dok nanges2 call aku. dekat 10 minit aku cakap ngn dia kot. pasai kucing hat hilang tu ja. dia la pm paling bossy haha. pm tu dalam debate rr bukan pm negara XD  tp dia baik ngn aku. ak pn baik rr ngn dia. ok ja. wlopon kdg2 ak tencen gak take orders from dia haha. ak ni jenis x reti kata NO xmau xmau. dulu time f1-f3 ak ingat dia blagak terok. 




aku tau satu hari nanti aku akan kehilangan hampa : ) aku dah bersedia untuk tu.......






TERIMA KASIH A-Z JASAMU, TAWAMU, TANGISMU, KEGILAAN MU, AKU KENANG SAMPAI BILA-BILA. LEPASNI KALAU XDAK REZEKI KITA JUMPA DAH. AKU MINTAK MAAF SANGAT-SANGAT. GILA SEBENAQNYA BUKAN A-Z JA AKU SAYANG. RAMAI LAGI. TAPI DAH AKU TERINGAT KAT AMPA KAN. AKU SAYANG LA KOT NOH HAHAH. 






AKU MINTAK MAAF LA KALAU PERANGAI AKU SHIYALL TEROK SEPANJANG KITA KAWAN.AKU X DAK SORANG "KAWAN BAIK" AKU ADA RAMAI ! WALAUPUN AKU JA DOK SYOK SNIRI PIKIR CAMTU. TAKPA AKU REDHA. AKU TAU KEBAHAGIAAN TU PALSU. SEBAB DUNIA MEMANG PALSU PON... HAHA WASSALAM..............







6 ulasan:

Shahirah Zainol berkata...

;(

nZ berkata...

weh hg ni..jgn wat sedih2..
aq bca dgn lagu instrument hg lagi..jd sedih gakk..
);

tp btol lah hg kata..
kwn x slamanya kekal..kita kena sentiasa beringat 1 day depa akn p tinggalkn kita );


between,, mmg dlu hampa anggap aq mcm tu ka?? kelaka nk mampus seh..
aq mmg bajet..hahahaha

AsyrafGlee berkata...

hahaha dulu hg muka bongkak terok haha.. :)

sherah jgn la sedih aku x sedih pn...betoi ni (control) haha

takpa aku relakan ja.. betoi pun kwan x selamanya kekal. :) tapi memori tetap ada... dan aku hargai setiap saat tu... aku xpnah lupa!

adzeem mahadzir berkata...

SAYANG HANG KAWAN :'(

Kyril berkata...

sentimental glar post ni :')

zaty berkata...

aku tak pasti aku tersenarai ka dak,tapi aku suka gila post ni.haha..
baca bnda ni emosi campur2 kot.frienship..hope ours are forever :')